Tuesday 1 March 2011

ABSTRAK

Abstrak
     Ustaz merujuk kepada kelas terdidik sarjana undang-undang islam yang bergerak di beberapa bidang pengajian islam.Mereka dikenali sebagai pengimbang antara undang-undang syariah. Imam pula bermaksud orang yang mengetuai sembahyang berjemaah.Mereka juga dikenali sebagai pemimpin,penganjur,dan juga ketua.Dalam artikel saya ini,saya telah menemuramah seorang ustaz.Iaiu Ustaz Ahmad Bin Mahad Adam.Beliau ialah imam diraja negeri Perlis dan Imam Masjid Negeri Arau.
     Saya telah bertanyakan tentang latar belakang beliau seperti,sejarah hidup,latar belakang ahli keluarga,sejarah pendidikan,kerjaya sebagai imam dan cabaran beliau menjadi imam dan ustaz.  Beliau dilahirkan di perlis dan sekarang tinggal di perlis.Ustaz Ahmad ini sekarang berumur 62 tahun.Beliau sudah berkahwin dan mempunyai lapan org anak.Beliau bertugas sebagai imam di masjid Negeri Arau Perlis dan beliau juga bertugas di jabatan agama islam negeri perlis sebagai pembantu hal ehwal agama.
      Hasil dari kajian saya,saya telah mendapat semua informasi yang saya perlukan,kerana beliau seorang yang petah bercakap dan mudah mesra.Beliau seorang yang baik dan boleh dibawa berbincang.

No comments:

Post a Comment