Tuesday 1 March 2011

PENDAHULUAN

Pendahuluan

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,kerja kursus ini telah berjaya disempurnakan dengan sedaya upaya saya.Dalam mempelajari ilmu agama di dalam mata pelajaran CTU ini,saya juga telah mempelajari cara untuk membuat blog.Selain itu  saya juga    mendapat   lebih banyak  ilmu  pengetahuan   tentang  agama   islam.
Tujuan saya menulis esei ini ini ialah untuk memberitahu serba sedikit informasi tentang seorang tokoh agama,iaitu ustaz Ahmad Bin Mahad Adam.Beliau merupakan IMAM DIRAJA negeri perlis dan menjadi imam di masjid negeri Arau perlis.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah saya,iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana banyak memberi tunjuk dan ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini,selain itu saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Bin Mahad Adam kerana telah membantu dalam memberikan kerjasama untuk saya mengambil informasi penting dan  meluangkan masa untuk ditemuramah.
Sedarlah bahawa kita semua ini merupakan makhluk Allah S.W.T yang dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Oleh itu, kita ini yang merupakan hamba Allah hendaklah senantiasa mengingati bahawa tuhan kita adalah satu iaitu Allah S.W.T dan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Selain itu, Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi kita yang terakhir dan merupakan kekasih Allah S.W.T. Beliau diutuskan kepada kita semua untuk menyampaikan ajaran Islam yang selengkapnya dan menyeluruh. Namun, jika dilihat pada mata dunia hari ini ramai golongan muda bahkan warga tua yang sepatutnya menjadi contoh kepada generasi yang lebih muda majoritinya alpa dengan kenikmatan dunia yang hanya dikecapi untuk sementara sahaja berbanding akhirat kelak iaitu nikmat syurga yang tiada penghujungnya.

No comments:

Post a Comment