Tuesday 1 March 2011

SEJARAH PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Sejarah Pendidikan dan Kerjaya
Semasa beliau berumur 5 tahun,pada masa itu masih belum ada taska ataupun tadika macam sekarang ini,oleh itu beliau mula membaca iqra’ dari ayahnya sendiri,selalunya lepas asar dan isyak.
Kemudian semasa beliau berumur 7 tahun,Beliau mula bersekolah di sekolah Melayu Arau(sekarang sekolah tangku budriah arau),Kemudian pada umur 9 tahun beliau bertukar ke sekolah melayu Guring Pauh dan umur 10 tahun kembali ke sekolah melayu Arau.
Selepas itu di peringkat menengah pula,beliau bersekolah di sekolah Al Madrasah Al Alawiyah Addiniyah Arau Perlis.Di sekolah itu beliau telah berjaya menhabiskan semua pengajianya.Beliau juga telah mendapat Ulla Addi hingga Robiah Salawiyah di sekolah itu.Sepanjang pengajianya di sekolah itu juga,beliau telah berjaya menghafaz 7 juzuk al quran.
Pada umur 18 tahun,setelah beliau menhabiskan pengajianya,dia bekerja sebagai tentera darat selama 4 tahun 11 bulan sehingga beliau berumur 21 tahun.
Selepas itu beliau bekerja sebagai pegawai penjara di alor setar kedah selama 2 tahun sehingga beliau beumur 23 tahun.
Kemudan pada umur 23 tahun dan pada masa itu dalam tahun 1988,beliau telah berhenti sebaga pegawai penjara dan telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.Tetapi berniaga kecil-kecilan ini hanya pekerjaan sampingan.
Kemudian pada tahun yang sama iaitu 1988,oleh kerana beliau mempunyai sijil tinggi agama dari sekolah Al Madrasah itu,beliau telah betugas di jabatan agama islam negeri perlis sebagai pembantu Hal Ehwal Islam,dan tidak lama kemudian telah mendapat jawatan sebagai Imam masjid negeri Arau.
Untuk pengetahuan anda juga beliau telah dilantik sebagai imam diraja negeri perlis,dan sampai sekarang walaupun beliau sudah berumur 62 tahun,tetapi beliau tetap memegang jawatan imam,sedangkan umur pencen ialah  52 tahun,ini kerana beliau telah dilanjutkan tahun oerkhidmatanya dengan pejabat agama islam negeri perlis.Akhir sekali beliau juga telah mendapat Sijil Syahadah dari Unuversiti Madinah(pada masa sekarang diploma dalam pengajian pendidikan bahasa arab universiti Madinah.

No comments:

Post a Comment