Tuesday 1 March 2011

CABARAN DAN UJIAN SEBAGAI SEORANG USTAZ

Cabarannya ialah,beliau hanya boleh menhafaz 7 juzuk al quran sahaja daripada 30,itupun kerana hasil daripada pengajiannya di sekolah al madrasah al alawiyah addiniyah,dan apabila usia sudah meningkat,sudah menjadi cabaran buatnya untuk menghafaz 30 juzuk al-quran.Pada umur 40 tahun dia mula mendapat semangat untuk menhafaz,ini kerana dia telah tertarik dengan seorang ustaz dan telah mengambil ustaz itu sebagai idolanya.Ustaz itu ialah Ustaz Hashim Othman al Hafiz,dari situlah yang menjadi platform buatnya untuk menhafaz al quran,alhamdulillah usahanya selama ini berjaya dan beliau telah berjaya menhabiskan hafazan 30 juzuk alquran.
Selain itu,cabaran yang besar juga buatnya ialah menjadi imam diraja,maklumlah institusi raja kita mempunyai bermacam-macam adat,oleh itu menjadi cabaran buatnya untuk membuat kerja dengan mengikut segala adat istiadat raja.
Setiap kali beliau menjadi imam,mejadi cabaran buatnya juga untuk menjaga solat dan supaya solatnya diterima Allah,maklumlah tugas sebagai imam ini sangat besar.Oleh itu beliau beliau kenalah menjaga solatnya supaya tidak melakukan kesilapan,seperti menjaga rukun solat,menjaga bacaan dalam sembahyang dan juga tajwid.Selain itu menjadi cabaran buatnya juga untuk kyusuk dalam setiap solatnya juga,kadang-kadang untuk pengetahuan semua,masjid arau ini berdekatan dengan stesen keretapi arau,dan memang bising sedikitlah,oleh itu menjadi cabaran buatnya kyusuk dalam solat.

No comments:

Post a Comment